Program Singapore Job Matching

Terma & Syarat Program Singapore Job Matching
- Program Singapore Job Matching (SJM), selepas ini disebut SJM yang dimaksudkan dalam page ini adalah yang dianjurkan oleh Think Big Management And Enterprise (JM0610866-D);
- Selepas ini, Think Big Management And Enterprise akan menggunakan terma "kami";
- Kami kenakan fee dalam SJM untuk perkhidmatan konsultasi sahaja;
- Kami akan memberikan khidmat nasihat yang sesuai untuk manfaat peserta SJM sahaja;
- Semua informasi, tip, nasihat, iklan jawatan kosong dalam SJM hanya untuk peserta SJM yang berdaftar dengan kami;
- Sekiranya peserta SJM tidak mengikuti saranan kami, maka risiko perlu ditanggung oleh peserta SJM sendiri;
- Kami tidak akan bertanggungjawab atas kesalahan atau kelalaian peserta SJM yang mengakibatkan kerugian kepada peserta SJM;
- Kami tidak akan memberikan khidmat nasihat ke atas jawatan kosong yang didapati sendiri peserta SJM;
- Peserta SJM akan berterusan mendapat konsultasi dan servis SJM selama 24 bulan kecuali peserta SJM telah berjaya mendapat IPA (In - Principle Approval for work pass);
- Apabila peserta SJM berjaya mendapat kelulusan IPA, secara automatik tempoh perkhidmatan SJM akan tamat dan dikira sebagai selesai;
- Sekiranya peserta SJM berjaya mendapat kelulusan IPA, tetapi kemudiannya menolak IPA tersebut, maka tempoh perkhidmatan SJM tetap akan tamat secara automatik;
- Sekiranya peserta SJM mendapat kelulusan IPA bukan pekerjaan dari sumber kami, maka perkhidmatan SJM ini akan berhenti buat sementara waktu (PAUSE). Ia akan disambung semula secara automatik apabila peserta SJM menolak IPA itu atau berhenti dari pekerjaan itu;
- Sekiranya peserta SJM tidak berjaya mendapat kelulusan IPA sehingga genap 24 bulan, kami akan pulangkan seratus peratus fee yang dibayar tanpa tambahan syarat;
- Sekiranya sebelum cukup tempoh 24 bulan, peserta SJM ingin mendapatkan pulangan wang, maka kami tidak dapat memenuhi tuntutan itu;
- Terma dan syarat mungkin akan ditukar dan ditambah dari semasa ke semasa;
- Peserta SJM yang membuat bayaran pendaftaran program SJM adalah dianggap setuju dengan semua terma dan syarat kami di atas.