Singapore Career Coaching Extreme
NAK KERJA DI
SINGAPURA?
GAJI RM3,000 HINGGA RM15,000+ SEBULAN —
ANDA TAHU CARA MENCARI PELUANG YANG BETUL?
Jangan sekadar mencari kerja. Belajar bagaimana mencari peluang yang mungkin tidak pernah anda temui, menonjolkan kelebihan diri dan mendapatkan tawaran yang lebih baik.
Tak kira sama ada anda baru mahu memulakan kerjaya di Singapura, sudah bekerja tetapi mahukan peluang yang lebih baik, atau berkali-kali gagal mendapatkan tawaran kerja — mungkin selama ini anda bukan kekurangan usaha.
Mungkin anda cuma belum menemui strategi yang betul.
Dan sebelum anda menghantar resume yang seterusnya, cuba jawab satu soalan ini dengan jujur.
ANDA YANG MANA SATU?
01. NEWBIE — Nak Kerja di Singapura, Tetapi Tak Tahu Nak Mula Dari Mana
Anda nampak peluang kerjaya di Singapura. Anda dengar cerita orang yang berjaya mendapat pekerjaan dengan gaji yang jauh lebih menarik berbanding pekerjaan di Malaysia.
Anda pun mula mencari.
Tetapi masalahnya, anda tidak tahu hendak bermula dari mana.
Nak cari kerja di platform mana?
Bagaimana nak menghubungi majikan secara direct?
Bagaimana nak tahu sesuatu tawaran itu benar-benar sah?
Lebih membimbangkan, anda takut menjadi mangsa scammer. Duit simpanan yang dikumpul selama ini mungkin lesap hanya kerana mempercayai tawaran kerja yang salah.
Akhirnya, anda teragak-agak untuk mencuba. Bukan kerana tidak mahu berjaya, tetapi kerana tidak tahu cara yang betul untuk melangkah.
Anda perlukan panduan, bukan sekadar senarai laman web untuk mencari kerja.
02. GO-GETTER — Sudah Bekerja di Singapura, Tetapi Masih Belum Berpuas Hati
Anda sudah berjaya menjejakkan kaki ke Singapura. Anda sudah mempunyai pekerjaan, pengalaman dan pendapatan dalam mata wang SGD. Tetapi jauh di sudut hati, anda tahu anda masih boleh pergi lebih jauh.
Anda mahu gaji yang lebih baik. Anda mahu pekerjaan yang lebih sesuai dengan kelayakan. Anda mahu peluang untuk berkembang dan membina masa depan yang lebih kukuh.
Masalahnya?
Anda sudah mencari di pelbagai platform. Anda sudah melihat begitu banyak iklan pekerjaan. Namun, peluang yang benar-benar menepati sasaran anda masih sukar ditemui.
Bagaimana jika selama ini anda hanya mencari di tempat yang sama, sedangkan ada saluran lain yang belum anda terokai?
Jangan biarkan diri anda terperangkap dalam pekerjaan yang sama hanya kerana anda tidak tahu cara meneroka peluang yang lebih luas.
03. OBLIVIOUS — Sudah Mohon Banyak Kerja, Tetapi Masih Gagal
Resume dihantar. Permohonan dibuat. Hari demi hari berlalu.
Tetapi panggilan temu duga yang dinanti-nantikan masih tidak kunjung tiba.
Ada kalanya anda dipanggil menghadiri temu duga, tetapi akhirnya majikan memilih calon lain.
Lebih mengecewakan, anda tidak tahu mengapa.
Adakah resume anda tidak cukup kuat?
Adakah pengalaman anda tidak ditonjolkan dengan betul?
Adakah jawapan temu duga anda gagal meyakinkan majikan?
Atau sebenarnya anda mempunyai kelayakan yang diperlukan, tetapi tidak tahu bagaimana hendak mempersembahkan diri sebagai calon yang bernilai?
Apabila puncanya tidak dikenal pasti, anda berisiko mengulangi kesilapan yang sama.
Mohon lagi. Tunggu lagi. Gagal lagi. Dan akhirnya, mula meragui kebolehan diri sendiri.
Anda tidak semestinya memerlukan lebih banyak permohonan. Anda mungkin memerlukan strategi yang lebih baik.
04. UNDERACHIEVER — Boleh Dapat Tawaran Kerja, Tetapi Tidak Tahu Cara Memaksimumkannya
Anda berjaya melepasi proses pemilihan.
Majikan berminat dengan anda.
Tawaran kerja akhirnya diberikan.
Sepatutnya, inilah masa untuk anda berasa lega.
Tetapi apabila tiba masa untuk membincangkan gaji, elaun, faedah dan terma pekerjaan, anda tidak tahu apa yang patut dilakukan.
Anda takut bertanya.
Takut dianggap terlalu banyak meminta.
Takut majikan menarik balik tawaran.
Akhirnya, anda menerima sahaja apa yang diberikan.
Tanpa menyedarinya, anda mungkin melepaskan peluang untuk mendapatkan pakej yang lebih sesuai dengan pengalaman, kemahiran dan nilai yang anda bawa.
Ingat: mendapatkan tawaran kerja ialah satu pencapaian. Mengetahui cara menilai dan merundingkan tawaran pula ialah satu kemahiran yang boleh memberikan kelebihan kepada anda.
EMPAT MASALAH BERBEZA. SATU PERKARA YANG SAMA.
Anda mungkin sudah berusaha bersungguh-sungguh, tetapi adakah anda sudah menggunakan strategi yang betul?
Inilah persoalan yang perlu anda fikirkan.
Dalam pencarian kerja, usaha sahaja tidak semestinya mencukupi. Anda juga perlu tahu di mana hendak mencari, bagaimana hendak memasarkan diri, bagaimana hendak meyakinkan majikan dan bagaimana hendak membuat keputusan apabila peluang muncul.
Lebih malang lagi, ada pencari kerja yang kehilangan wang akibat penipuan ketika berusaha mengubah kehidupan mereka.
Scammer semakin licik. Ada yang menyamar sebagai perekrut dan agent, menggunakan identiti syarikat tanpa kebenaran atau menawarkan pekerjaan dengan janji yang terlalu indah untuk dipercayai.
Apabila terlalu terdesak untuk mendapatkan pekerjaan, seseorang mudah terlepas pandang tanda-tanda amaran.
Sebab itulah anda bukan sahaja perlu tahu cara mencari kerja. Anda juga perlu tahu cara menilai dan mengesahkan peluang yang ditemui.
JANGAN BERGANTUNG SEPENUHNYA PADA AGENT. KUASAI CARA MENCARI KERJA SECARA DIRECT!
Tiada salahnya menggunakan perkhidmatan agensi pekerjaan yang sah dan sesuai dengan keperluan anda.
Namun, jika anda hanya bergantung pada agent, anda mungkin mengehadkan cara anda meneroka peluang pekerjaan.
Mengapa?
1. Anda mungkin sukar membezakan perekrut dan agent yang sah dengan scammer.
Tidak semua individu yang mengaku mewakili syarikat boleh dipercayai. Anda perlu tahu cara menyemak identiti perekrut, kesahihan syarikat dan ketulenan tawaran pekerjaan.
Jangan biarkan keinginan mendapatkan kerja mengatasi kewaspadaan anda.
2. Anda perlu memahami hak dan terma pengambilan pekerja.
Sesetengah pengambilan melalui agensi mungkin melibatkan fi atau terma tertentu, tertakluk pada peraturan yang berkenaan.
Jangan menandatangani dokumen atau bersetuju dengan sebarang pembayaran dan potongan tanpa memahami asas serta implikasinya.
Fahami dahulu. Semak dahulu. Barulah buat keputusan.
3. Berhati-hati dengan tawaran yang kononnya percuma.
Kami menerima laporan daripada pencari kerja yang mendakwa mereka diperkenalkan kepada pekerjaan oleh individu yang mengatakan bahawa mereka bukan agent dan tidak mengenakan sebarang bayaran.
Namun, menurut laporan tersebut, masalah timbul apabila pekerja mahu meletakkan jawatan dan mendakwa gaji terakhir mereka dipotong atas alasan berkaitan bayaran perkhidmatan agent.
Situasi seperti ini menunjukkan mengapa anda perlu memahami kontrak pekerjaan, identiti pihak yang terlibat dan asas sebarang potongan gaji sebelum menerima tawaran.
Jangan hanya bertanya, “Kerja ini free atau tidak?”
Tanya juga, “Siapa pihak yang terlibat? Apakah terma yang saya persetujui? Apakah hak saya sebagai pekerja?”
4. Agent tidak mempunyai akses kepada semua peluang pekerjaan.
Kebanyakan agensi mengendalikan jawatan daripada majikan yang menggunakan perkhidmatan mereka sahaja.
Ini bermakna, peluang yang mereka tawarkan bergantung pada jawatan yang berada dalam rangkaian pengambilan mereka.
Sedangkan anda mungkin mempunyai sasaran yang lebih luas, termasuk jawatan di syarikat yang tidak menggunakan perkhidmatan agensi tersebut.
Jangan hadkan pencarian kerja anda kepada peluang yang sampai kepada anda sahaja. Belajarlah cara meneroka peluang secara aktif.
5. Jawatan yang ditawarkan belum tentu paling sesuai dengan sasaran kerjaya anda.
Fokus utama perekrut agent ialah memadankan calon dengan keperluan majikan bagi jawatan yang dikendalikan mereka.
Tetapi bagaimana pula dengan matlamat anda?
Adakah jawatan tersebut sesuai dengan pengalaman anda?
Adakah gajinya menepati sasaran?
Adakah ia memberikan ruang untuk perkembangan kerjaya?
Anda perlu membuat penilaian sendiri berdasarkan keperluan dan keutamaan anda. Seperti salesman lain di luar sana, perekrut agent tak banyak buka mulut dalam hal yang lebih terperinci seperti ini.
Jangan sekadar mencari pekerjaan yang boleh anda peroleh. Cari peluang yang benar-benar berbaloi untuk anda pertimbangkan.
BAYANGKAN JIKA ANDA TAHU APA YANG PERLU DILAKUKAN, LANGKAH DEMI LANGKAH.
Bayangkan anda tidak lagi perlu meneka-neka setiap kali mencari kerja.
Anda tahu cara mencari jawatan yang relevan.
Anda tahu cara membina resume yang lebih meyakinkan.
Anda tahu bagaimana hendak menjawab soalan temu duga dengan lebih tersusun.
Dan apabila tawaran kerja tiba, anda tahu perkara yang perlu dinilai sebelum membuat keputusan.
Bukankah pencarian kerja anda akan menjadi lebih terarah?
Inilah sebabnya kami percaya bahawa pencari kerja perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan strategi, bukan sekadar bergantung pada nasib.
KENALI SINGAPORE CAREER COACHING EXTREME
Singapore Career Coaching Extreme dibangunkan untuk membantu pencari kerja Malaysia memahami dan menghadapi cabaran pencarian pekerjaan di Singapura dengan pendekatan yang lebih sistematik.
Melalui program ini, anda berpeluang mempelajari empat komponen penting yang boleh membantu memperkukuh persediaan kerjaya anda.
MODUL 01 — JOB HUNTING STRATEGY
Jangan sekadar mencari. Ketahui cara meneroka peluang.
Pelajari bagaimana hendak mengenal pasti jawatan sasaran, meneroka pelbagai saluran pencarian kerja dan membuat permohonan secara lebih terancang.
Anda juga akan didedahkan kepada pendekatan mencari peluang yang tidak diiklankan secara terbuka iaitu SHOOTLAA.
MODUL 02 — HIGH-IMPACT RESUME AND COVER LETTER
Jadikan resume anda alat pemasaran diri yang lebih berkesan.
Resume bukan sekadar dokumen yang menyenaraikan pengalaman kerja.
Resume perlu membantu majikan memahami kelayakan, kemahiran dan nilai yang boleh anda bawa kepada organisasi mereka.
Pelajari cara menyusun maklumat dengan lebih strategik agar permohonan anda lebih relevan dengan jawatan sasaran.
MODUL 03 — HIGH-IMPACT INTERVIEW SKILLS
Jangan biarkan peluang temu duga berlalu tanpa menunjukkan kemampuan sebenar anda.
Pelajari cara memahami soalan, menyusun jawapan dan mengetengahkan pengalaman dengan lebih jelas serta meyakinkan.
Matlamatnya ialah membantu anda berkomunikasi dengan lebih profesional dan memberikan gambaran yang lebih kuat tentang kesesuaian anda untuk jawatan tersebut.
MODUL 04 — SALARY & OFFER NEGOTIATION
Jangan terburu-buru menerima tawaran sebelum memahami nilainya.
Ketahui cara menilai gaji, faedah dan terma pekerjaan serta memahami asas perundingan secara profesional.
Dengan persediaan yang lebih baik, anda boleh membuat keputusan berdasarkan maklumat dan keutamaan kerjaya, bukannya semata-mata kerana takut kehilangan peluang.



(Photo: Sebahagian peserta Singapore Career Coaching)
TESTIMONI PESERTA SCC



(Photo: Sebahagian screenshoot testimoni peserta)
SIAPAKAH CAREER COACH DI SEBALIK PROGRAM INI?

(Photo: Career Coach Najib Halim)
CAREER COACH NAJIB HALIM
Dari pengalaman bekerja di Singapura kepada usaha membimbing pencari kerja Malaysia.
Berasal dari Pahang, Najib Halim memulakan kerjayanya di Singapura pada tahun 2010 dan mula memberikan khidmat nasihat profesional sebagai Career Coach pada tahun 2011.
Sepanjang perjalanan tersebut, beliau mengumpulkan pengalaman, idea dan pembelajaran daripada proses percubaan serta penambahbaikan dalam pencarian kerja.
Daripada pengalaman inilah lahir satu pendekatan yang dikenali sebagai:
SHOOTLAA
Satu Pendekatan Job Hunting Yang Dibangunkan Berdasarkan Pengalaman.
SHOOTLAA direka untuk membantu pencari kerja melihat pencarian pekerjaan daripada sudut yang lebih strategik.
Bukan sekadar membuka portal pekerjaan, memilih iklan dan menghantar resume.
Sebaliknya, anda didedahkan kepada pendekatan untuk meneroka peluang, mengenal pasti saluran pencarian yang relevan dan mengambil langkah yang lebih terarah dalam usaha mendapatkan pekerjaan.
Antara fokusnya ialah membantu pencari kerja memahami bagaimana peluang yang tidak diiklankan secara terbuka boleh diterokai melalui saluran dan pendekatan yang sesuai.
Kerana kadangkala, cabaran terbesar bukanlah kekurangan kelayakan. Cabarannya ialah tidak mengetahui cara yang betul untuk menemui dan merebut peluang yang tersedia.
LEBIH DARIPADA SEKADAR PERKONGSIAN TEORI
Sehingga kini, Career Coach Najib Halim telah memberikan pendedahan, perkongsian informasi dan bimbingan berkaitan kerjaya di Singapura kepada lebih 30,000 pencari kerja warganegara Malaysia.
Pengalaman tersebut menjadi sebahagian daripada usaha berterusan beliau untuk membantu rakyat Malaysia memahami realiti pasaran pekerjaan Singapura, membuat persediaan yang lebih baik dan meneroka peluang kerjaya dengan lebih berpengetahuan.
Kini, persoalannya bukan lagi sekadar sama ada anda mahu bekerja di Singapura.
Persoalannya: adakah anda bersedia mempelajari cara yang lebih strategik untuk mengejar peluang tersebut?
BERAPA LAMA LAGI ANDA MAHU MENCARI KERJA DENGAN CARA YANG SAMA?
Jika anda seorang NEWBIE, anda perlukan panduan untuk bermula.
Jika anda seorang GO-GETTER, anda perlukan strategi untuk meneroka peluang yang lebih baik.
Jika anda seorang OBLIVIOUS, anda perlu mengenal pasti kelemahan dalam resume, permohonan dan persediaan temu duga.
Jika anda seorang UNDERACHIEVER, anda perlu belajar menilai tawaran dan memahami asas perundingan.
Apa pun kedudukan anda sekarang, anda tidak perlu menunggu sehingga keadaan menjadi lebih sukar untuk mula memperbaiki strategi pencarian kerja.
Jangan sekadar berharap ada majikan yang menemui anda.
Jangan sekadar menghantar resume tanpa mengetahui sama ada permohonan anda sudah cukup kuat.
Jangan sekadar menerima tawaran kerana takut tiada peluang lain.
Ambil tanggungjawab terhadap langkah kerjaya anda. Lengkapkan diri dengan pengetahuan, strategi dan kemahiran yang boleh membantu anda membuat keputusan dengan lebih baik.
SEDIA UNTUK MENGUBAH CARA ANDA MENCARI KERJA DI SINGAPURA?
Anda sudah tahu masalah yang mungkin sedang anda hadapi.
Anda juga sudah mengenali pendekatan yang boleh anda pelajari melalui Singapore Career Coaching.
Sekarang, ambil langkah seterusnya.
DAFTAR SEKARANG!
PENTING: Syarat - syarat Bekerja Di Singapura
Syarat - syarat umum bagi warga asing yang nak bekerja di Singapura buat masa ini adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia
2. Sihat tubuh badan
2. Miliki pasport antarabangsa (valid sekurang - kurangnya 6 bulan semasa tarikh program)
3. Calon mestilah berumur genap 18 tahun dan belum masuk umur 62 tahun (kecuali bagi lelaki bumiputra yang lahir di Sabah/ Sarawak/ WP Labuan perlu berumur 35 tahun ke atas jika tidak memiliki Bachelor Degree)
PENTING: Syarat - syarat Nak Sertai Program SCCE
- Baca dan faham "Syarat - syarat Bekerja Di Singapura" di atas.
- Baca, faham dan setuju dengan pakej SCCE serta semua terma dan syarat kami.
*Buat masa ini, sesi Group SCCE hanya khusus untuk warga Malaysia sahaja. Bagi warganegara selain Malaysia, anda hanya layak menyertai Program SCCE sesi Personal sahaja.
SENARAI PAKEJ:
(1) Accelerator
.jpg)

Keahlian: Seumur Hidup
Fee: RM250 (1 peserta)
RM450 (2 peserta)
RM600 (3 peserta)
(2) Mastery
.jpg)
Keahlian: Seumur Hidup
Fee: RM400 (1 peserta)
RM700 (2 peserta)
RM900 (3 peserta)
(3) Vanguard
.jpg)
Keahlian: Seumur Hidup
Fee: RM970 (1 peserta)
BILA ANDA BOLEH DAFTAR?
Program SCCE seterusnya kami jadualkan pada:
12 DIS 2026
Sesi Trip Masuk Singapura:
Tarikh: Seperti jadual di atas (Sabtu)
Lokasi Berkumpul: JB Sentral (tunggu depan Restoran KFC yang berada di dalam JB Sentral), Johor Bahru, Johor.
Waktu: 8.30 pagi - 08.30 malam
Bila pendaftaran SCCE ini dibuka?

ANDA ADA PILIHAN SAMA ADA DAFTAR SECARA ONLINE ATAUPUN DAFTAR SECARA WALK-IN
[NOTA PENTING: Selepas membuat bayaran pendaftaran menggunakan borang di bawah, kami akan hubungi melalui watsap dalam masa 48 jam selepas mendapat pengesahan. Sila pastikan nombor telefon yang anda berikan mempunyai akses watsap. Kemudian, kami akan berikan akses e-course dalam masa tiga hari dari tarikh pengesahan. Anda tidak dibenarkan tukar nama peserta atau berkongsi akses dan tiada pulangan wang untuk mereka yang mahu batalkan pendaftaran.
Sekiranya anda ingin membuat bayaran pendaftaran SECARA WALK-IN, sila ambil perhatian terhadap info ini: Sila berkumpul pada tarikh dan lokasi di atas serta pastikan anda hadir tepat pada 8.30 pagi. Bawa pasport antarabangsa, kad pengenalan, yuran pendaftaran keahlian dan duit poket sebanyak RM30.80 (untuk membeli kad manjalink) dan SGD40 minimum (untuk beli kad EZLink+top up, makan sehari dan simkad nombor telefon di Singapura). Sila install aplikasi MyICA Mobile dan isi semua informasi yang diperlukan sebelum berkumpul. Sila install aplikasi travel seperti streetdirectory, mrt Singapore dan busleh. Untuk penukaran wang SGD, anda boleh tukar di kedai pengurup wang yang berada di dalam JB Sentral. Anda boleh bawa sedikit makanan ringan dan sebotol air mineral bersaiz kecil. Trip akan berlepas TEPAT JAM 9.00 PAGI. Peserta dan calon peserta yang lewat akan ditinggalkan. Notis perubahan tarikh hanya diumumkan dalam fesbuk rasmi kami: Jom Kerja Singapura/Najib Halim. Penyertaan tidak boleh dibatalkan, atau refund, atau ditukar nama peserta. Peserta juga tidak dibenarkan menyebarkan atau memberi akses ilmu, panduan, video, konsultasi dan apa - apa jua yang menjadi Hak Cipta kami dengan apa jua cara.]
Untuk pendaftaran secara online, sila isi borang di bawah ini dengan lengkap dan lakukan pembayaran. Bagi pendaftaran sacara walk-in, sila hadir ke lokasi berkumpul.
Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami dengan menggunakan aplikasi Telegram di +6012-2222072.

Nota: Gaji RM3,000 hingga RM15,000+ ialah julat sasaran yang bergantung pada jenis pekerjaan, kelayakan, pengalaman, majikan dan kadar pertukaran mata wang. Penyertaan dalam program tidak menjamin pekerjaan, temu duga atau gaji tertentu.
Sila Baca Terma & Syarat SCCE Di Bawah:
(1) Peserta tidak boleh berkongsi atau menyebarkan ilmu dan tip - tip yang diberikan kepada bukan peserta;
(2) Peserta wajib menghormati peserta lain dan career coach;
(3) Peserta sendiri bertanggungjawab atas semua tindakannya;
(4) Kami tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan, kekurangan, salahfaham dan kerugian yang mungkin berlaku ke atas peserta SCCE.