Course: Job Interview & Negotiation Skills Training
Anda Tak Tahu Bagaimana Nak Jawab Soalan Temuduga Kerja
Dan
Bagaimana Nak Minta Kasi Up Gaji?
Ada satu kisah benar yang berlaku beberapa tahun dulu dan ia masih berlaku hingga ke hari ini. Ada dua calon temuduga kerja merebut position technician di salah satu company Singapura. Calon A mempunyai Bachelor Degree manakala Calon B hanya mempunyai Diploma.
Tapi anda tahu yang mana satu dapat kerja tu? Mungkin anda teka dah tentu Calon A yang akan dapat. Tapi salah. Calon A gagal. Calon A gagal bukan sebab degree tak laku. Tapi sebab tak berkomunikasi dengan baik semasa sesi temuduga tu. Sedangkan Calon B menunjukkan personaliti dan skill berkomunikasi yang menarik. Itu saja.
30 minit semasa temuduga itulah penentu berjaya atau gagal. Sebenarnya ramai job seeker kita tak ambil peduli dan langsung tak buat persediaan hingga akhirnya mereka gagal. Peluang tu dah ada depan mata. Tapi sayang, mereka overconfident!
Seperti yang majoriti kita tahu, setiap position mempunyai requirement standard yang berbeza. Jadi, ada position yang senang lulus temuduga dan ada position yang susah lulus. Begitu juga dengan company - berbeza antara satu sama lain. Tahap kesusahan tu lebih ketara berbeza antara company lokal, company MNC asal Asian dan company MNC asal Western.
Jadi, persoalannya..
- Bagaimana nak buat persediaan?
- Apa soalan temuduga yang mungkin akan ditanya?
- Bagaimana nak jawab soalan biasa dan soalan tricky maut?
- Bagaimana nak tarik perhatian pegawai pengambilan?
- Bagaimana nak nego supaya dapat gaji lebih tinggi?
Okehlah. Dipendekkan cerita, kami ada berita baik. Job expert atau perunding kerjaya yang tidak asing lagi di Malaysia ni, Career Coach Tuan Najib Halim sukacita memberitahu kami bahawa beliau akan buka satu bengkel yang diberi nama Kursus Latihan Skill Temuduga Kerja Dan Rundingan (Course Job Interview & Negotiation Skills Training) bermula awal penggal kedua dalam tahun 2024 ini.
Dalam kursus ini, peserta akan dilatih secara INTENSIF kaedah - kaedah dalam melakukan persediaan bagi menghadiri sesi temuduga kerja dan bagaimana membuat rundingan gaji (jika perlu).
Kursus CJINST ini terbuka kepada semua job seeker warga Malaysia.
Siapa Career Coach Najib Halim?
Tuan Najib Halim adalah warganegara Malaysia, telah berkecimpung dalam bidang bimbingan dan konsultasi kerjaya Singapura sejak beliau mula berkhidmat di sana pada tahun 2011 lagi.
Sehingga ke hari ini, beliau telah memberi khidmat nasihat secara percuma kepada lebih 50,000 job seeker warga Malaysia dan mempunyai peserta bimbingan lebih dari 2000 peserta.
Gambar menunjukkan Coach Najib Halim bersama dengan para peserta program bimbingan kerjaya Singapura
Gambar menunjukkan para peserta dalam salah satu batch program bimbingan kerjaya Singapura
Baik. Kita balik pada kursus ini, anda akan didedahkan secara intensif bagaimana menjawab soalan temuduga kerja dan melakukan rundingan. Level kesusahan soalan dan jawapan adalah mengikut kesesuaian dengan diri anda.
Apa Kata Peserta CJINST
"Nur dah hafal skrip jawapan. Senang je",
- Nur Nadia Binti Abdullah
"Walau saya tak pandai English, tapi coach bagi skrip jawapan yang senang nak hafal",
- Nur Mastura Binti Mustafa
"Rupanya kena standby jawapan temuduga dan siap - siap hafal supaya mudah dan lancar nak jawab berdepan dengan penemuduga nanti. Sebelum ni saya gagal dapat kerja sebab blur nak jawab temuduga lah",
- Nurhidayah Binti Sarmin
Course Job Interview & Negotiation Skills Training
- Sesuai untuk semua lapisan job seeker
- Sesuai untuk semua position (pilih satu position sahaja)
- Terbuka kepada warga Malaysia sahaja
- Satu sesi secara personal ONE-ON-ONE selama 45 minit
- Anda akan diberi khidmat nasihat oleh Coach Najib Halim sendiri
- Input yang diberi adalah mengikut kesesuaian peserta
- Latihan berbentuk PRAKTIKAL dan INTENSIF
- Anda boleh pilih untuk mengikuti sesi latihan di Johor Bahru atau di tempat anda (tiada caj tambahan jika anda hadir sesi di JB, sebaliknya jika anda ingin coach hadir ke tempat anda selain JB, anda perlu tanggung dan uruskan sendiri tiket flight dan hotel serta kos makan - minum coach)
Selepas anda mendaftar, anda boleh berikan tarikh dan masa anda sendiri untuk booking slot dan kami akan selaraskan dengan jadual coach kami.
SLOT TERHAD UNTUK 15 PESERTA SAHAJA SETIAP BULAN